Tuesday, October 27, 2009

-::- Drama itu -::-

Sejak dua menjak ini..

Daya ingatan aku dah mula menua

Tanda – tanda usia menganjak

Meninggalkan sisa – sisa hari muda..


Entah kenapa..

Aku tetiba teringat satu drama di hari raya..

Drama tersebut di tayangkan sempena Aidilfitri

Tapi tahun bila?

Aku tak pasti..

Yang pasti ia telah membuatkan aku sedikit tersentuh..

Mungkin?

Atau sebenarnya ia sememangnya telah membuatkan aku digenang air mata

Alahai…

Aku..



Serasa ku..

Ketika tayangan drama tersebut juga..

Di radio ada panggilan yang cukup menyentuh…

Hinggakan tika itu

Aku yang lena diulit mimpi

Terjaga lantaran kerana terdengar sesi relaliti radio tersebut..



Sungguh!

Drama raya yang mengisahkan seorang kakak..

Bekorban hidup membesarkan adik – adiknya

Setelah ketiadaan ibu ayah

Namun, apabila adik – adik mula dewasa

Mula kenal banyak perkara

Mula merasa mereka punya hak bersuara

Suara kakak tenggelam dalam kata mereka yang konon "dewasa"

Suara kakak yang menyuap mereka

Menyekolahkan mereka

Tenggelam lalu hilang

Dalam ego si adik konon lebih "berbakti" pada keluarga

Lupa adik – adik jasa kakak ketika mereka masih anak – anak

Lupa adik – adik siapa yang mengejut mereka bangun tika subuh bergema

Lupa adik – adik siapa yang membawa mereka ke sekolah

Lupa adik – adik siapa menghadap guru tika pendaftaran dibuka

Siapa juga yang mendengar laporan pelajaran mereka

Siapa yang merayu untuk buku pinjaman sekolah

Siapa yang menulis surat sakit

Siapa pula yang mencari tika waktu rehat di kantin.,,


Adik – adik..

Lupa semua itu…

Dewasa ini hanya ungkit mengungkit yang lantang menyelar si kakak..

Aduh!

Pedih hati bertahun lama ini di pendam saja..



Dewasa ini,

Setelah adik – adik konon "berjasa"

Diam si kakak di kata tidak peduli

Diam si kakak di kata tak nak tahu hal adik – adik

Tapi?

Bila di tegur konon kakak campur tangan

Sibuk menjaga hal orang..

Bertahun lama dulu..

Wahai si adik…

Siapa yang bersusah payah menjaga kamu?

Menganti lelah ibu ayah

Meringan sebentar beban mereka

Tika payah mengurus kalian terasa?


Namun..

Masih.. tetap..

Tiada sepatah kata terluah dari bibir kakak..

Kerana Kakak sudah lupa itu..

Kerana bagi seorang kakak mahupun ibu

pengorbanan itu bukan suatu untuk dikenang


Tapi..

Makin sarat luka hati ini..

Salah kah kiranya sesekali kakak yang tua ini menjawab

Untuk suara – suara sumbang yang menghiris

Tanpa menyelak lembaran lalu

Cuma berapa tahun sahaja adik – adik ku?

Aku mendiam diri?

Sedang kan bertahun – tahun lama sebelum itu..

tanggan ini yang berkorban

Hati ini yang mengalah

Tapi?

Kalian lupa..

Tegar menyelar kakak bermacam – macam kata..

Sungguh..

Pedih menerima ungkapan itu..


"Ei.. aku tak kisah lah tak ada kakak macam kau!"


Aduh!
kalian tahu..

Aku menangis berjuraian air mata ketika menonton drama tersebut..

Lagi hebat air mata ku

Tika mendengar kisah pengakuan si anak terhadap si ibu..


Kisah yang ku kata ku dengar di radio..

Beberapa jam selepas tayangan drama tersebut..

Si anak yang cukup nakal dan degil

Lari dari rumah

Hidup di perantauan

Dengan jauh dari agama

Akhirnya kembali pada keluarga

Dengan ibu yang menjaga dirinya

Kerana tika itu si anak telah pun uzur..

Lantaran balasan ALLAH di datangkan pelbagai musibah pada si anak..


Kata si anak dalam nada insaf..

Usahlah contohi ke"bodoh"an dirinya

Yang akhirnya memakan diri..

Dulu ingin jauh dari keluarga..

Konon ingin tunjukkan bahawa diri boleh hidup berjaya tanpa keluarga

Namun, kini..

Diri ini juga yang diurus oleh ibu yang sudah jauh tua..

Sungguh …

Syurga itu di bawah tapak kaki ibu!


Alahai hidup ini…

Sukar untuk dimergerti..


Untuk kisah pertama..

Tersentuh hati ku kerana aku seorang kakak..

Aku tidak punya kakak..

Lalu aku faham rasa seorang kakak..

Untuk kisah ke dua..

Tersentuh hati ku sebagai seorang anak..

Lantas seorang wanita dan juga ibu..


Untuk yang pertama..

Kiranya kalian adalah adik..

Moga kalian tidak sekali pertikai si kakak dan abang

Mungkin terlihat mereka tidak mengambil berat

Atau membiar sahaja

Tapi kenang – kenang pengorbanan mereka dulu

Sebelum kalian boleh berdiri sendiri..

Usah dipersoal diam mereka tika kalian telah mampu berjalan

Mampu mencari hidup

Mampu memilih jalan hidup


Kenang – kenang tika kalian masih lagi perlu bergantung

Tidak mampu sendiri..

Kenang – kenang siapa membantu ibu untuk mengurus kalian..

Sedang tika itu boleh saja si kakak atau abang membiar

Lantas berkata pada ibu "ah! Itu bukan urusan ku!"

Tapi tangan itu lah yang berkorban membantu

Mengalah tika adik mahu masuk asrama atau boleh sahaja tika peluang itu direbut buat dia menyambung pengajiannya


Kata ibu pada ku..

Hati kita jika terluka dengan kawan – kawan masih tidak apa

Tapi jika terluka dengan darah daging

Sukar untuk dipujuk bagi pulih semula..


Dan

Itu yang aku rasa sekarang..


Hati ini..

Terluka amat..

Tidak pernah aku rasa terluka sebegini..

Entah..

Bila luka ini akan sembuh?

Aku tak pasti..


Indah rupawan puteri kencana

Sayang ditinggal lantaran terpaksa

Apakah dosa hamba yang hina

Dilempar kata pedih terasa


Lahir si puteri tiada berdarah

Kononnya punya kesaktian jua

Luka dihati masih berdarah

Entah bila kan sembuh jua

Read more...

Monday, October 26, 2009

-::- Ketupat Cinta -::-

Ketupat..

Korang suka tak ketupat?

Ummm~~

Aku suka ketupat…

Lagi – lagi ketupat 'asli'

Bukan ketupat adabi atau cap nona

Hehehe..

Yang aku panggil nasi impit

Atau ketupat segera!
hah…

Bukan yang tu..

Nie yang dianyam lalu di isi beras

Lalu direbus lama berejam – rejam…



Korang pernah makan ketupat itu?

Korang tau ke nak buat?

Nak anyam daunnya?



X tau?

Nak belajar tak?

Meh – meh …

Aku ada bukak kelas menganyam ketupat…

Bape bayarannya??

Itu boleh dirunding…

Tak semahal buat kek atau biskut..

Hehehe…

Merepek jer lah…


Actually…

Aku just nak bagi tau

Citer terbaru Tn Hj Faisal Tehrani

Sudah pun ada di pasaran…

Korang mesti ada yang dah baca kan…

Musim kedua bagi episode Ketupat Cinta nie akan berada dipasan tidak lama lagi..

Bila siap dibukukan..

Rasa – rasa paling lewat penghujung tahun

Akan dipasarkan…


Nak tau lebih lanjut kena lah baca sendiri ye..

Tapi yang best… santai dan banyak benda boleh buat kita fikir..

Bahasa yang manis tapi kadangkala ada sindiran…

Huhuhu…

Alangkah bagus jika orang – orang itu terbaca lah..

Tapi rasa – rasa macam tidak saje..


Aku baru seminggu habis mentelaah musim satu ketupat cinta nie..

Tunggu musim kedua keluar di pasaran…

Segan pula nak tanya empunya buku…

Bila musim kedua akan keluar..

Hari – hari berselisih..

Tapi tak berani plak aku nak tegur lebih – lebih…

Segan…

Terasa rendah diri..

Hehehe…

Ilmu aku tak seberapa dibanding ilmu dia..

Alahai..

Si mentimun ini…

Tengelam ditengah – tengah durian…


Alhamdulillah…

Khamis (15hb Oktober 2009) lalu

Aku dapat surat panggilan penempatan..

Alhamdulillah juga..

Aku dapat di negeri pilihan pertama..

Even aku sebenarnya nak sangat negeri pilihan kedua…

Tapi aku tau..

Mana mungkin ada kekosongan di pilihan kedua..

Jika ada sekali pun..

Tentu – tentu saja aku akan ditolak tepi

Lantaran ia juga menjadi rebutan mereka – mereka yang lebih senior

Untuk ditukarkan ke sana…


Ahad lalu pula…

Ayah coll

Kak jangan resign dulu!
aku sedikit tersentak?

Khabar dari planet mana pulak nie?

Kata aku nak benti keje?

Aku jawab dalam nada masih lagi penuh kejutan..

Eiii… tolong… akak tak kan berhenti…

Memang ini yang akak nak..

If ada peluang akak nak pergi lagi jauh…



Itu memang hasrat ku…

Aku berharap ia akan jadi gengaman..

Sekolah bukan destinasi akhir ku..

Ia moga jadi transit ku ke suatu dunia yang lebih mirip jiwa ku…



Teringat pula aku satu sms yang ku hantar pada salah seorang pensyarah ku

"saya tidak akan lama di sekolah…

mungkin jika saya berlama – lama di sekolah kesudahannya Dr akan temui saya di Tanjung Rambutan…

saya akan pastikan saya dapat berada ditempat Dr dalam tempoh 10 tahun ini.."


sebenarnya aku telah pun berada di tempat dia..

walaupun hanya sambilan..

alangkah baik kira ia adalah tetap..

tapi ku kira ALLAH lebih tahu…

mungkin ada yang lebih baik buat ku..


bila teringat sekolah…

aku terasa ada beban yang menghimpit dada…

sesak di kepala

sering dikunjungi mimpi ngeri..

apa yang akan ku lakukan untuk sebulan dua ini…

aduh…

cepat lah cuti sekolah bermula..

cepat lah aku dapat tempat untuk sambung pengajian…

sengaja aku cari jalan untuk mengelak dari terus di sekolah…


guru..

terima kasih kerana ilmu yang kau kongsi bersama ku..

tapi serasa aku tidak mampu galas tugas mu…


sungguh ….

Aku tak mampu jadi seperti ayah…


Lantaran aku telah lama lihat…

Betapa sukar jadi seorang guru…

Read more...

-::- list of JURNAL -::-

-::- Thanks for visited -::-

-::- Blog Traffic -::-

-::- Terkini -::-

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP